Sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang sebelum ini tidak sekecoh tahun ini. Isu yang menimbulkan kekecohan bukanlah perarakan atau sekadar perhimpunan di dalam dewan tetapi pembohongan, sikap hipokrit dan sandiwara yang cuba dilakonkan oleh kerajaan pimpinan DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng yang cuba memperbodohkan orang-orang Melayu Pulau Pinang.
Lim Guan Eng cuba mendakwa bahawa dia bersikap adil terhadap orang Melayu malah dia menyokong penganjuran sambutan Maulidur Rasul dengan mengaitkan kehadirannya semasa sambutan Maulidur Rasul 2008. Ternyata ummah Melayu tahu bahawa itu hanyalah sekadar sandiwara yang dilakonkan bagi menambat hati orang-orang Melayu. Mungkin pada permulaan, Lim Guan Eng seakan-akan berjaya dengan sandiwara yang dilakonkan tetapi bukan sekarang.
Orang Melayu sudah mula sedar dengan tipu helah Lim Guan Eng. Suara kebangkitan sudah mula kita dengari. Himpunan Melayu SEDAQ yang dianjurkan oleh beberapa NGO Melayu-Islam baru-baru ini adalah permulaan kebangkitan Melayu Pulau Pinang. Lim Guan Eng dengan riaknya menyatakan perhimpunan tersebut tidak memberikan sebarang tekanan dan kesan kepadanya tetapi pada masa yang sama Lim Guan Eng dan barisan kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat tidak berhenti-henti membuah penjelasan bagi menangkis dakwaan Himpunan Melayu SEDAQ. Sekalung tahniah buat penganjur terutamanya Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Lim Guan Eng mungkin tidak sedar bahawa terlalu banyak tindakan yang terpaksa diambil yang menggunakan sejumlah besar wang rakyat utnuk menggantun kain-kain rentang yang kononnya kerajaan DAP bersikap adil terhadap peniaga-peniaga Melayu. Tidak cukup dengan itu, kerajaan negeri Pulau Pinang menerusi salah seorang exconya, YB Chow Kon Yeow telah mengadakan sidang akhbar dengan memberikan butiran-butiran yang diputar-belitkan bagi membuktikan kerajaan DAP yang terbukti anti-Melayu ini cekap, akauntibiliti dan telus.
Setelah terus-menerus menerima kritikan, desakan dan maklumbalas berterusan daripada pemimpin SEDAQ akhirnya terpaksalah Lim Guan Eng mengheret koncu-koncunya YB Mansor, YB Malik dan YB Mahfuz untuk menerusi ceramah tolak fitnah 12 Februari yang lalu.
Melayu harus terus mendesak kerajaan kafir DAP dan Lim Guan Eng secara berterusan. Lim Guan Eng sebenarnya tidaklah seberani yang disanggakan. Ini terbukti apabila menggunakan platform ucapan sempena Tahun baru Cina sebagai medan untuk menuntup rasa takut dengan mencabar dan menghentap habis-habisan Utusan Malaysia dan pemimpin NGO Melayu-Islam yang menganjurkan SEDAQ. Tidak terkecuali Lim Guan Eng turut menghentam Koh Tsu Koon. Justeru itu, sudah tiba masanya Melayu bangkit, bersatu tanpa mengira fahaman politik sempit berkerja keras, berjuang habis-habisan dalam usaha membongkar kepincangan, penipuan dan sandiwara Lim Guan Eng. Kebenaran pasti tiba... Bangkitlah Wahai Bangsaku...
Dah terlambat wahai bangsa ku. Inilah melayu dah menyesal kemudian tak berguna....
ReplyDelete