Salam to all,
Memo ini dikeluarkan atas arahan Lim Guan Eng pada 28 Januari 2010 yang disediakan oleh Ng Wee Kok, Setiausaha Sulit Kanan Kepda Ketua Menteri Pulau Pinang. Memo ini tidak diedarkan kepada semua ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan tetapi ia diedarkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Namun memo ini dipamirkan di papan kenyataan berhampiran pintu masuk ke pejabat Ketua Menteri di tingkat 28, KOMTAR.
1) Tindakan menghalang pelawat dan pegawai kerajaan memasuki ruang pejabat Ketua Menteri merupakan satu arahan yang membuktikan Lim Guan Eng adalah seorang pemimpin yang bersifat kepura-puraan, hipokrit dan sentiasa bersandiwara dengan rakyat.
2) Tindakan ini juga membuktikan bahawa Lim Guan Eng sebenarnya seorang yang bacul dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Lim Guan Eng sebenarnya semakin takut apabila kebelakangan ini terdapat banyak pendedahan-pendedahan serta kenyataan-kenyataan daripada pelbagai pihak yang berterusan mengkritik cara kepimpinan beliau yang bersikap diktator, chauvinist, anti-Melayu dan sentisa bersandiwara.
3) Arahan memo ini telah menyukarkan orang ramai untuk menemui dan berurusan secara terus dengan Lim Guan Eng dan para pegawai pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Ini jelas menunjukkan Lim guan Eng hanya manis di hadapan tetapi beliau sebenarnya tidak mesra rakyat dan tidak mahu mengambil tahu soal permasalahan rakyat terutamanya yang membabitkan kaum Melayu.
4) Sejak memo ini dikeluarkan, ramai pelawat, rakyat negeri Pulau Pinang, para pengundi kawasan beliau sendiri dan juga kakitangan kerajaan kecewa dengan arahan ini. Bagi kakitangan kerajaan, tindakan keterlaluan Lim Guan Eng telah menyukarkan dan melambatkan tugas meraka berurusan dengan pejabat Ketua Menteri.
5) Bagi para pegawai dan kakitangan kerajaan juga, tindakan tidak membenarkan sama sekali memasuki ruang pejabat Ketua Menteri merupakan satu penghinaan terhadap mereka selaku penjawat awam yang mana sepatutnya mereka bebas berurusan tanpa ada halangan. Mereka turut mendakwa selama ini para pegawai dan kakitangan kerajaan bebas memasuki pejabat Ketua Menteri untuk berurusan sedangkan sekarang mereka dilayan seperti orang luar.
6) Tindakan keterlaluan Lim Guan Eng ini perlu didedahkan kepada rakyat agar rakyat dapat menilai keikhlasan beliau dalam memperjuangkan nasib rakyat. Rakyat Pulau Pinang perlu didedahkan dengan pembohongan dan sandiwara yang dilakukan oleh Lim Guan Eng agar dapat menilai sendiri tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan membuat penilaian sendiri terhadap sikap dan peribadi sebenar beliau.
7) Tindakan Lim Guan Eng juga bertentangan dengan konsep CAT (cekap, akauntabiliti & telus) yang selama ini diperkatakan oleh beliau.
No comments:
Post a Comment