Saturday, February 20, 2010

Kambing Hitam Terbaru Lim Guan Eng

Salam to all,

Hari ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng Laknatullah telah menjawab persoalan dan dakwaan Reezal Merican tentang isu larangan memasuki pejabat Ketua Menteri di tingkat 28, Komtar. Yang menariknya Guan Eng tidak memberi sebarang kenyataan tetapi menyuruh Si Farida Hani, Setiausaha Sulitnya untuk bertemu dengan media. Guan Eng hanya main peranan di belakang tabir sahaja.

Kata Guan Eng isu memo ini adalah isu remeh temeh tetapi persoalannya kenapa Guan Eng kelam kabut membuat kenyataan media dan Si Farida Hani terketar-ketar membaca kenyataan media bagi membela Si Laknat Guan Eng yang memang bijak menyelamatkan diri. Sekali lagi angkara beliau, pegawai-pegawai Melayu terus menjadi “Kambing Hitam”. Kalau minggu lepas Dato’ Yusoff Wazir tiba-tiba glamour, hari ini Si Farida Hani pula mencipta nama sebagai seekor lagi kambing hitam yang disebelih Guan Eng.

Mungkin sesetengah orang tertanya-tanya siapakah dia Farida Hani yang tiba-tiba muncul mempertahankan Guan Eng? Perempuan Melayu yang fasih berbahasa Cina ini sebenarnya adalah bekas Pembantu Khas Dato’ Jahara Hamid, ADUN Teluk Ayer Tawar yang juga merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri pulau Pinang semasa pemerintahan BN. Farida Hani juga adalah bekas Setiausaha Kerja Wanita UMNO Pulau Pinang semasa diterajui Dato’ Jahara. Malah suatu ketika dahulu pernah ada ura-ura Farida hani mahu bertanding sebagai Puteri UMNO bahagian Bukit Gelugor. Apapun itu kisah semasa BN berkuasa. Sekarang Farida hani adalah perisai Guan Eng bagi menangkis isu-isu membabitkan agama Islam dan orang Melayu.

Hari ini dengan penampilannya mempertahankan kerajaan kafir DAP dan Guan Eng Laknatullah membuktikan kepada kita betapa berjayanya Guan Eng memperalatkan Farida Hani. Guan Eng mempunyai pilihan lain untuk menyuruh pegawai-pegawai berbangsa Cina lain membuat kenyataan akhbar tetapi sengaja memperalatkan Farida Hani supaya UMNO Pulau Pinang khususnya dan orang Melayu amnya mengetahui bahawa masih ada Melayu yang sanggup tampil ke depan mempertahankannya. Penampilan Farida hani juga adalah satu tamparan buat UMNO kerana Guan Eng telah berjaya memperdayakan bekas orang kuat UMNO.

Melayu terus diperkotak-katik oleh Si Guan Eng.. Bangkitlah wahai bangsaku!!!

Friday, February 19, 2010

Disebalik Pekeliling Maulidur Rasul







Photo Ehsan daripada www.mysrimuara.blogspot.com


Salam to all,

Seperti yang semua sedia maklum, surat ini telahpun didedahkan menerusi media massa minggu lalu. Pendedahan surat ini telah mencetuskan satu lagi kemelut politik di negeri Pulau Pinang. Semuanya bermula dengan pengedaran pekeliling bertarikh 5 Februari 2010 yang ditandatangani oleh Dato' Muhammad Yusoff Wazir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan). Yang menjadi persoalan, pekeliling tersebut tidak akan ditulis dan diedar tanpa ada yang mengarah. Yang mengarah sudah semestinya berjawatan lebih tinggi daripada Timbalan SUK. Adakah YB Dato' Zainal Rahim Seman (Setiausaha Kerajaan) atau YB Abdul Malik Kassim (Exco Agama) atau YAB Lim Guan Eng?Hanya mereka yang berkomplot dala kerajaan negeri Pulau Pinang sahaja yang ada jawapan yang sebenar.

Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, ternyata Lim Guan Eng sedang berada dalam ketakutan dan kekalutan. Lim Guan Eng khuatir sekiranya ada ummat Islam yang mengambil kesempatan dalam perarakan Maulidur Rasul untuk menyatakan kemarahan dan rasa tidak puan hati terhadap kepimpinan beliau. Lantaran itu, beliau mengarahkan YB Malik yang sangat dikenali sebagai "Pak Turut" kepada Lim Guan Eng untuk memaklumkan kepada pihak SUK. Maka akhirinya Dato' Yusoff pun mengeluarkan surat pekeliling untuk memaklumkan pembatalan perarakan Maulidur Rasul sebagai pegawai yang menurut perintah.

Mungkin telahan ini kurang tepat tetapi berdasarkan kepada maklum balas orang ramai, analisa kronologi yang berlaku dan maklumat daripada pegawai-pegawai yang terlibat, ternyata apa yang ditelah adalah tepat. Justeru itu, Lim Guan Eng tidak boleh menafikan bahawa beliaulah yang memberikan arahan kepada YB AMalik. Seterusnya YB Malik pula mengarahkan pihak SUK untuk mengeluarkan surat pekeliling dan yang menjadi "Kambing Hitam" adalah Dato' Yusoff.

Walauapapun alasan atau penjelasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng dan YB Malik, ummat Islam pada hakikatnya telah sekali lagi ditipu oleh Lim Guan Eng. Beliau boleh memutar-belitkan fakta namun fakta yang sebenar ialah beliau takut dengan kebangkitan ummat Islam dan tidak mahu perarakan ini diadakan bagi memadan api kebangkitan ummat Islam di Pulau Pinang yang tercetus angkara kegagalan pentadbiran beliau sendiri.

Sudah tiba masanya untuk ummat Islam khususnya di negeri Pulau Pinang untuk bermuhasabah diri, menilai secara rasional tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan kepimpinan DAP dan seterusnya bersatu menentang tindakan yang mereka lakukan demi memartabatkan maruah ummat Islam dan bangsa Melayu. Ummat Islam perlu bangkit mempertahankan kesucian agama dan tidak mudah tunduk dengan dakyah dan propaganda DAP yang cuba memecah belahkan ummat Islam. Tidak ada jalan lain yang lebih baik melainkan ummat Islam perlu bersatu dan mengenepikan fahaman politik sempit serta menentang kebiadapan, penipuan dan taktik halus yang direncanakan oleh kafir DAP.

Memo dari Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang


Salam to all,

Memo ini dikeluarkan atas arahan Lim Guan Eng pada 28 Januari 2010 yang disediakan oleh Ng Wee Kok, Setiausaha Sulit Kanan Kepda Ketua Menteri Pulau Pinang. Memo ini tidak diedarkan kepada semua ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan tetapi ia diedarkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Namun memo ini dipamirkan di papan kenyataan berhampiran pintu masuk ke pejabat Ketua Menteri di tingkat 28, KOMTAR.

1) Tindakan menghalang pelawat dan pegawai kerajaan memasuki ruang pejabat Ketua Menteri merupakan satu arahan yang membuktikan Lim Guan Eng adalah seorang pemimpin yang bersifat kepura-puraan, hipokrit dan sentiasa bersandiwara dengan rakyat.

2) Tindakan ini juga membuktikan bahawa Lim Guan Eng sebenarnya seorang yang bacul dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Lim Guan Eng sebenarnya semakin takut apabila kebelakangan ini terdapat banyak pendedahan-pendedahan serta kenyataan-kenyataan daripada pelbagai pihak yang berterusan mengkritik cara kepimpinan beliau yang bersikap diktator, chauvinist, anti-Melayu dan sentisa bersandiwara.

3) Arahan memo ini telah menyukarkan orang ramai untuk menemui dan berurusan secara terus dengan Lim Guan Eng dan para pegawai pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Ini jelas menunjukkan Lim guan Eng hanya manis di hadapan tetapi beliau sebenarnya tidak mesra rakyat dan tidak mahu mengambil tahu soal permasalahan rakyat terutamanya yang membabitkan kaum Melayu.

4) Sejak memo ini dikeluarkan, ramai pelawat, rakyat negeri Pulau Pinang, para pengundi kawasan beliau sendiri dan juga kakitangan kerajaan kecewa dengan arahan ini. Bagi kakitangan kerajaan, tindakan keterlaluan Lim Guan Eng telah menyukarkan dan melambatkan tugas meraka berurusan dengan pejabat Ketua Menteri.

5) Bagi para pegawai dan kakitangan kerajaan juga, tindakan tidak membenarkan sama sekali memasuki ruang pejabat Ketua Menteri merupakan satu penghinaan terhadap mereka selaku penjawat awam yang mana sepatutnya mereka bebas berurusan tanpa ada halangan. Mereka turut mendakwa selama ini para pegawai dan kakitangan kerajaan bebas memasuki pejabat Ketua Menteri untuk berurusan sedangkan sekarang mereka dilayan seperti orang luar.

6) Tindakan keterlaluan Lim Guan Eng ini perlu didedahkan kepada rakyat agar rakyat dapat menilai keikhlasan beliau dalam memperjuangkan nasib rakyat. Rakyat Pulau Pinang perlu didedahkan dengan pembohongan dan sandiwara yang dilakukan oleh Lim Guan Eng agar dapat menilai sendiri tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan membuat penilaian sendiri terhadap sikap dan peribadi sebenar beliau.

7) Tindakan Lim Guan Eng juga bertentangan dengan konsep CAT (cekap, akauntabiliti & telus) yang selama ini diperkatakan oleh beliau.

Thursday, February 18, 2010

Kesan SEDAQ Pada Lim Guan Eng

Salam to all,

Sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang sebelum ini tidak sekecoh tahun ini. Isu yang menimbulkan kekecohan bukanlah perarakan atau sekadar perhimpunan di dalam dewan tetapi pembohongan, sikap hipokrit dan sandiwara yang cuba dilakonkan oleh kerajaan pimpinan DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng yang cuba memperbodohkan orang-orang Melayu Pulau Pinang.

Lim Guan Eng cuba mendakwa bahawa dia bersikap adil terhadap orang Melayu malah dia menyokong penganjuran sambutan Maulidur Rasul dengan mengaitkan kehadirannya semasa sambutan Maulidur Rasul 2008. Ternyata ummah Melayu tahu bahawa itu hanyalah sekadar sandiwara yang dilakonkan bagi menambat hati orang-orang Melayu. Mungkin pada permulaan, Lim Guan Eng seakan-akan berjaya dengan sandiwara yang dilakonkan tetapi bukan sekarang.

Orang Melayu sudah mula sedar dengan tipu helah Lim Guan Eng. Suara kebangkitan sudah mula kita dengari. Himpunan Melayu SEDAQ yang dianjurkan oleh beberapa NGO Melayu-Islam baru-baru ini adalah permulaan kebangkitan Melayu Pulau Pinang. Lim Guan Eng dengan riaknya menyatakan perhimpunan tersebut tidak memberikan sebarang tekanan dan kesan kepadanya tetapi pada masa yang sama Lim Guan Eng dan barisan kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat tidak berhenti-henti membuah penjelasan bagi menangkis dakwaan Himpunan Melayu SEDAQ. Sekalung tahniah buat penganjur terutamanya Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Lim Guan Eng mungkin tidak sedar bahawa terlalu banyak tindakan yang terpaksa diambil yang menggunakan sejumlah besar wang rakyat utnuk menggantun kain-kain rentang yang kononnya kerajaan DAP bersikap adil terhadap peniaga-peniaga Melayu. Tidak cukup dengan itu, kerajaan negeri Pulau Pinang menerusi salah seorang exconya, YB Chow Kon Yeow telah mengadakan sidang akhbar dengan memberikan butiran-butiran yang diputar-belitkan bagi membuktikan kerajaan DAP yang terbukti anti-Melayu ini cekap, akauntibiliti dan telus.

Setelah terus-menerus menerima kritikan, desakan dan maklumbalas berterusan daripada pemimpin SEDAQ akhirnya terpaksalah Lim Guan Eng mengheret koncu-koncunya YB Mansor, YB Malik dan YB Mahfuz untuk menerusi ceramah tolak fitnah 12 Februari yang lalu.

Melayu harus terus mendesak kerajaan kafir DAP dan Lim Guan Eng secara berterusan. Lim Guan Eng sebenarnya tidaklah seberani yang disanggakan. Ini terbukti apabila menggunakan platform ucapan sempena Tahun baru Cina sebagai medan untuk menuntup rasa takut dengan mencabar dan menghentap habis-habisan Utusan Malaysia dan pemimpin NGO Melayu-Islam yang menganjurkan SEDAQ. Tidak terkecuali Lim Guan Eng turut menghentam Koh Tsu Koon. Justeru itu, sudah tiba masanya Melayu bangkit, bersatu tanpa mengira fahaman politik sempit berkerja keras, berjuang habis-habisan dalam usaha membongkar kepincangan, penipuan dan sandiwara Lim Guan Eng. Kebenaran pasti tiba... Bangkitlah Wahai Bangsaku...

Monday, February 15, 2010

Guan Eng & Tahun Baru Cina



Salam to all,

Politik Pulau Pinang ternyata panas kebelakangan ni... Dari satu isu ke satu isu.. Kalau mula2 memerintah dulu Si Guan Eng Laknatullah sering menuduh UMNO dan BN sengaja mengada2kan cerita tapi kini Guan Eng dah tak mampu nak menafikannya lagi.. Isu perletakan jawatan YB DS Zahrain dalam PKR, kritikan berbisa YB Tan Tee Beng MP Nibong Tebal dan YB Zulkifli Nordin ternyata gagal ditangkis oleh Guan Eng... Perayaan Tahun Baru Cina kali ini sesungguhnya tidak membawa sebarang erti buat Guan Eng kerana terpaksa merayakan dalam keadaan diserang dari segenap sudut dan terpaksa menangkis pelbagai dakwaan yang datangnya drp sekutu dalam Pakatan Rakyat sendiri... Benarlah kata seorang Cina tua semasa patung Guan Eng dibakar dalam himpunan SEDAQ tempoh hari.. kata orang tua itu, "Haiya.. Ini banyak soi lo.. Laya mau dekat, lu olang bakaq patung Guan Eng..."

Suara Sedaq: Padan muka kau Guan Eng... Melayu akan Bangkit.. Nantikan kebangkitan kami...