Friday, February 19, 2010

Disebalik Pekeliling Maulidur Rasul







Photo Ehsan daripada www.mysrimuara.blogspot.com


Salam to all,

Seperti yang semua sedia maklum, surat ini telahpun didedahkan menerusi media massa minggu lalu. Pendedahan surat ini telah mencetuskan satu lagi kemelut politik di negeri Pulau Pinang. Semuanya bermula dengan pengedaran pekeliling bertarikh 5 Februari 2010 yang ditandatangani oleh Dato' Muhammad Yusoff Wazir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan). Yang menjadi persoalan, pekeliling tersebut tidak akan ditulis dan diedar tanpa ada yang mengarah. Yang mengarah sudah semestinya berjawatan lebih tinggi daripada Timbalan SUK. Adakah YB Dato' Zainal Rahim Seman (Setiausaha Kerajaan) atau YB Abdul Malik Kassim (Exco Agama) atau YAB Lim Guan Eng?Hanya mereka yang berkomplot dala kerajaan negeri Pulau Pinang sahaja yang ada jawapan yang sebenar.

Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, ternyata Lim Guan Eng sedang berada dalam ketakutan dan kekalutan. Lim Guan Eng khuatir sekiranya ada ummat Islam yang mengambil kesempatan dalam perarakan Maulidur Rasul untuk menyatakan kemarahan dan rasa tidak puan hati terhadap kepimpinan beliau. Lantaran itu, beliau mengarahkan YB Malik yang sangat dikenali sebagai "Pak Turut" kepada Lim Guan Eng untuk memaklumkan kepada pihak SUK. Maka akhirinya Dato' Yusoff pun mengeluarkan surat pekeliling untuk memaklumkan pembatalan perarakan Maulidur Rasul sebagai pegawai yang menurut perintah.

Mungkin telahan ini kurang tepat tetapi berdasarkan kepada maklum balas orang ramai, analisa kronologi yang berlaku dan maklumat daripada pegawai-pegawai yang terlibat, ternyata apa yang ditelah adalah tepat. Justeru itu, Lim Guan Eng tidak boleh menafikan bahawa beliaulah yang memberikan arahan kepada YB AMalik. Seterusnya YB Malik pula mengarahkan pihak SUK untuk mengeluarkan surat pekeliling dan yang menjadi "Kambing Hitam" adalah Dato' Yusoff.

Walauapapun alasan atau penjelasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng dan YB Malik, ummat Islam pada hakikatnya telah sekali lagi ditipu oleh Lim Guan Eng. Beliau boleh memutar-belitkan fakta namun fakta yang sebenar ialah beliau takut dengan kebangkitan ummat Islam dan tidak mahu perarakan ini diadakan bagi memadan api kebangkitan ummat Islam di Pulau Pinang yang tercetus angkara kegagalan pentadbiran beliau sendiri.

Sudah tiba masanya untuk ummat Islam khususnya di negeri Pulau Pinang untuk bermuhasabah diri, menilai secara rasional tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan kepimpinan DAP dan seterusnya bersatu menentang tindakan yang mereka lakukan demi memartabatkan maruah ummat Islam dan bangsa Melayu. Ummat Islam perlu bangkit mempertahankan kesucian agama dan tidak mudah tunduk dengan dakyah dan propaganda DAP yang cuba memecah belahkan ummat Islam. Tidak ada jalan lain yang lebih baik melainkan ummat Islam perlu bersatu dan mengenepikan fahaman politik sempit serta menentang kebiadapan, penipuan dan taktik halus yang direncanakan oleh kafir DAP.

No comments:

Post a Comment