Wednesday, March 17, 2010

Konspirasi Jatuhkan Melayu Dalam PDC

Carta oganisasi PDC lama

Carta organisasi PDC baru

Salam 2 all,

Seperti yang semua sedia maklum, Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang atau Penang Development Corporation (PDC) adalah merupakan antara anak syarikat kerajaan negeri Pulau Pinang yang terkaya. Sebagai orang Melayu, kita juga boleh berbangga kerana kejayaan yang dikecapi oleh PDC sebenarnya banyak disumbangkan oleh orang Melayu. Mercu tanda negeri Pulau Pinang iaitu bangunan KOMTAR, pembangunan kawasan- kawasan perindustrian seperti di Bayang Lepas, Bukit Minyak, Bukit Tengah & Prai, pembinaan kawasan-kawasan perumahan di Bayan Lepas, Bayan Baru, Georgetown dan Seberang Jaya, pembinaan Stadium Negeri Batu Kawan adalah antara hasil kerja keras dan komitment PDC terhadap rakyat negeri Pulau Pinang.

Sejak 8 Mac 2008 apabila Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang, PDC tidak terlepas daripada berhadapan dengan tempias dan kesan peralihan kuasa kerajaan negeri. Selain menerima Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang baru, PDC turut terpaksa menerima beberapa muka baru yang dibawa masuk oleh Ketua Menteri atas alasan mahu mengukuhlan lagi struktur pentadbiran di dalam PDC.

Jawatan Pengurus Besar PDC masih lagi kekal disandang oleh Dato’ Rosli Jaafar begitu juga dengan Timbalan Pengurus Besar iaitu Dato’ Abdul Rahim Isahak. Seorang lagi Timbalan Pengurus Besar sepatutnya menjadi milik Pengurus Kanan Hartanah sekarang iaitu Mohd Bazid Abdul Kahar. Tetapi semasa Mohd Bazid hendak ditabal menjadi Timbalan Pengurus Besar, berlakunya peralihan kuasa pendatadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang menyaksikan jawatan Timbalan Pengurus Besar terlepas daripada tangan Mohd Bazid kepada orang luar yang dibawa oleh Lim Guan Eng iaitu Julian Candiah.

Sebenarnya, ini adalah antara strategi halus dan licik Lim Guan Eng untuk memastikan PDC dikuasai oleh kroni-kroni beliau dan puak-puak DAP selain memastikan penguasaan orang Melayu di dalam PDC terkubur. Menurut Lim Guan Eng, dengan kemasukan Julian Candiah PDC akan mampu meninggkatkan prestasi kewangan PDC, membawa pelabur ke Pulau Pianang dan meringankan bebas Pengurus Besar PDC iaitu Dato’ Rosli Jaafar. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Julian Candiah sebenarnya gagal sama sekali membawa pelabur ke Pulau Pinang, malah PDC pula yang terpaksa melabur duit membayar gaji berpuluh ribu sebulan kepada Julian Candiah untuk bayaran gaji, elaun dan pelbagai tuntutan yang kadang-kala tidak munasabah. Tidak dinafikan kemasukan Julian Candiah telah meringankan bebas tugas Dato’ Rosli. Ini kerana banyak perkara-perkara penting kini diberikan kepada Julian Candiah. Dato’ Rosli selaku Pengurus Besar PDC dan Dato’ Abdul Rahim selaku Timbalan Pengurus Besar PDC kini sekadar berjawatan tetapi tidak mempunyai sebarang kuasa.

Berdasarkan carta organisasi PDC yang lama, Pengurus Besar mempunyai berkuasa penuh dalam soal pentadbiran dan pengurusan PDC. Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah hanya akan berbincang dan membuat keputusan berkaitan soal-soal dasar atau dalam perkara-perkara penting. Kini yang lebih berkuasa adalah Julian Candiah walaupun jawatan yang disandang hanyalah Timbalan Pengurus Besar. Senario yang berlaku amat berbeza sama sekali ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional di mana orang Melayu menjadi tonggak dan penggerak utama dalam pentadbiran dan pengurusan termasuk dalam penggubalan dasar-dasar dan polisi. Tetapi hari ini, Ketua Menteri iaitu Lim Guan Eng telah menafikan hak dan kuasa pemimpin Melayu. Ini dibuktikan melalui tindakan Lim Guan Eng mewujudkan Jawakankuasa Kerja KPI atau KPI Task Force di PDC baru-baru ini.

Lim Guan Eng mandakwa penubuhan KPI Task Force di PDC kononnya adalah bertujuan untuk memacu dan meningkatkan lagi prestasi PDC tetapi agenda tersembunyi Lim Guan Eng sebenarnya adalah untuk menghalang Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar khususnya dan orang Melayu amnya untuk memimpin PDC. Lim Guan Eng sebenarnya mahu memastikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar PDC tidak menggunakan kuasa atau melaksanakan hak mereka sebagai orang nombor 1 dan 2 di dalam PDC. Dalam erti kata lain, matlamat utama Lim Guan Eng adalah untuk memastikan tamatnya penguasaan orang Melayu di PDC. Rakyat khususnya orang Melayu telah ditipu sekali lagi oleh Lim Guan Eng. Bagi yang kurang arif mungkin akan terpedaya dengan tipu helah Lim Guan Eng yang mahu menamatkan penguasaan Melayu di PDC dengan berselindung di sebalik nama KPI Task Force.

Dalam struktur organisasi PDC yang terbaru, setiap sektor yang diketuai oleh seorang Pengurus Kanan atau seangkatan dengannya akan melaporkan terus kepada KPI Task Force yang terdiri daripada Dato’ Lee Kah Choon (LKC), Wan Zailena (WZ), Julian Candiah (JC), Dato’ Chet Singh (CS) dan Dato’ Abdul Rahim. Ini bermakna Pengurus Kanan setiap sektor akan melaporkan terus kepada KPI Task Force dan seterusnya kepada Ahli Lembaga Pengarah. Dalam erti kata lain, Dato’ Rosli selaku Pengurus Besar PDC sudah tiada peranan kerana Pengurus-pengurus Kanan setiap sektor telah "bypass" Dato' Rosli. Manakala Dato’ Rahim pula sekadar pemerhati sektor korporat memandangkan ketua-ketua sector sudah tidak melaporkan aktiviti setiap sektor kepada Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar.

Berdasarkan carta organisasi yang terbaru ini juga, kuasa penuh dalam pengurusan PDC bukan lagi terletak kepada Pengurus Besar tetapi KPI Task Force yang dilantik oleh Lim Guan Eng. Lim Guan Eng sengaja tidak memberikan sebarang tugasan atau peranan penting kepada Dato’ Rosli dan Dato’ Abdul Rahim walaupun kedua-dua pegawai atasan ini adalah orang lama di PDC dan berpengalaman luas dalam pentadbiran dan pengurusan PDC. Tujuan kedua-dua pegawai atasan ini diperlakukan sedemikian rupa adalah supaya mereka merasa diri mereka tersisih dan akhirnya bertindak meletakkan jawatan dan meninggalkan PDC. Ini akan membuka jalan kepada Lim Guan Eng untuk melantik di kalangan bukan Melayu terutamanya dikalangan orang kuat DAP untuk menggantikan Dato’ Rosli dan Dato’ Abdul Rahim. Dengan cara ini, agenda terancang dan licik Lim Guan Eng untuk menakluki bumi Pulau Pinang secara mutlak dan menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura menjadi kenyataan.

Buat masa sekarang Lim Guan Eng merasa kurang selesa untuk melaksanakan agenda jahat beliau memandangkan jawatan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar masih dipegang oleh orang Melayu. Pada masa yang sama Lim Guan Eng semakin didiseak oleh pemimpin-pemimpin DAP yang mahukan jawatan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar disandang oleh kaum Cina dan ahli DAP. Demi untuk menjaga hati pengundi Melayu dan rakan-rakan daripada PKR dan PAS, Lim Guan Eng terpaksa menahan hasrat menghalau keluar Dato’ Rosli dan Dato’ Abdul Rahim. Hasrat Lim Guan Eng biarkah mereka keluar sendiri setelah tidak tahan dengan diskriminasi yang direncana beliau.

Jebat Penang: Sebagai ummat Melayu Pulau Pinang yang sayangkan agama dan bangsa, apa yang dinyatakan dalam artikel ini perlu kita fahami. Seterusnya agenda jahat kafir DAP dan Lim Guan Eng ini perlu diperjelaskan dan disampaikan kepada sanak saudara, rakan dan taulan supaya kita dapat bersatu mementang kezaliman dan kebiadapan DAP dan Lim Guan Eng. Melayu perlu sedar dan bangkit menentang segala usaha yang cuba dilakukan DAP bagi memastikan Melayu dinyahkan daripada bumi Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment