Thursday, March 11, 2010

Lagi Kisah Kerbau Pendek


Salam 2 all,


“…Sudah sekian lama saya dan rakan-rakan lain memendam kemarahan dan ketidakpuasan hati kami. Sebagai pemimpin JKKK saya rasa amat kecewa dengan sikap pegawai yang dilantik oleh YB Mansor bagi menjaga hal ehwal JKKK iaitu Sdr. Mohd Fitri. Fitri gagal melaksanakan tugasnya dengan baik malah kami juga menerima banyak aduan daripada pemimpin-pemimpin JKKK kawasan lain yang mendakwa budak mentah ini sering bersikap biadap, tidak menghormati orang tua seperti kami, tidak menepati janji, sering berdolak dalih dan tidak bersikap professional sebagai pegawai kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Saya khuatir jika YB Mansor masih meneruskan khidmat Fitri sebagai wakil beliau, ia akan menjejaskan nama baik dan reputasi YB Mansor serta menambahkan lagi kepincangan dalam pentadbiran dan pengurusan JKKK. Kami syorkan agar YB Mansor mengambil tindakan segera memecat Fitri atau menggantikan saja dengan pegawai lain kalau YB Mansor benar-benar prihatin terhadap masalah dan kekangan yang dihadapi oleh kami…”

Inilah sebahagian daripada kata-kata yang diluahkan oleh salah seorang pemimpin JKKK Daerah Seberang Perai Tengah yang nyata amat kecewa dengan sikap putar belit, lidah bercabang, talam dua muka dan perangai kebudak-budakkan Fitri @ Kerbau Pendek iaitu pegawai JKKK yang dilantik oleh YB Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merupakan Exco Pembangunan Masyarakat, Perindustrian dan Koperasi. Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya sekumpulan pemimpin JKKK yang mewakili beberapa kampung di sekitar Daerah Seberang Perai Tengah dan Daerah Barat Daya mendedahkan segala-galanya. Antara pendedahan dan dakwaan sekumpulan pemimpin JKKK ini termasuklah:

1) Kerbau Pendek telah menyalahgunakan kedudukannya dengan sering meminta habuan kepada beberapa kontraktor dan pembekal. Tindakan ini sangat memalukan dan kesanya pihak JKKK terpaksa menerima barangan tidak berkualiti dan perkhidmatan yang kurang memuaskan.

2) Kerbau Pendek gagal mengendalikan Kursus JKKK dengan baik. Malah semasa penganjuran Kursus JKKK di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas pada 1-2 Ogos 2009 bersama dengan JKKK Daerah Barat Daya, para peserta di kalangan pemimpin JKKK berasa amat kecewa dengan pengisian program dan pengurusan program yang dikendalikan oleh Kerbau Pendek. Disebabkan tiada pengisian atau ceramah yang diatur, Kerbau Pendek turut mengarahkan peserta program untuk pulang ke rumah masing-masing dan datang semula semasa majlis perasmian bagi meramaikan majlis. Sebenarnya tindakan Kerbau Pendek secara tidak langsung menipu bossnya sendiri. Semasa majlis perasmian YB Mansor tersenyum gembira kononnya ramai yang menyertai program anjuran beliau tetapi beliau tidak tahu bahawa beliau telah ditipu hidup-hidup oleh Kerbau Pendek yang licik dan bijak bersandiwara.

3) Lebih mendukacitakan, salah seorang wakil JKKK juga turut mendedahkan bahawa Kerbau Pendek meminta imbuhan daripada pihak Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas bersama seorang rakannya berbangsa Cina. Perkara ini disahkan sendiri oleh salah seorang pegawai Kompleks Tabung Haji. Tindakan ini sekali lagi telah menjejaskan nama baik YB Mansor selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Tindakan Kerbau Pendek ini juga telah menyebabkan Pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang disenarai hitamkan daripada menggunakan Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas.
Rujukan: Tn. Hj. Zainol Abidin
Pengurus
No. tel: 04-6412286

4) Ramai dikalangan JKKK turut tidak berpuas hati dengan tindakan Kerbau Pendek yang menganjurkan kursus JKKK Daerah Seberang Perai Utara & Selatan pada 8-9 Ogos 2009 di Hotel Berjaya sedangkan kursus JKKK Daerah Seberang Perai Tengah hanya diadakan di Nahdhoh Inn, Kubang Semang. JKKK Seberang Perai Tengah terkilan kerana mendapat layanan bersifat “double standard” daripada Kerbau Pendek. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada AMK Cabang Permatang Pauh, Kerbau Pendek berbuat demikian kerana mahu balas dendam terhadap JKKK Seberang Perai Tengah yang majoriti daripada pemimpin JKKK kawasan tersebut sememangnya tidak menyukai Kerbau Pendek. Lantaran itu Kerbau Pendek telah menggunakan kesempatan ini untuk membalas dendam tetapi Kerbau Pendek terlupa bahawa di daerah Seberang Perai Tengah terletaknya DUN Penanti iaitu kawasan YB Mansor sendiri.

5) Berdasarkan maklumat daripada seorang Ahli Jawatankuasa AMK Pulau Pinang, didapati tindakan Kerbau Pendek menganjurkan Kursus JKKK di Hotel Berjaya Georgetown adalah menyalahi peratuaran kewangan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kewangan Negeri. Ini kerana peruntukan untuk program tersebut telah melebihi peruntukan yang dibenarkan. Namun YB Mansor terpedaya dengan kelicikan Kerbau Pendek dengan membenarkan program diteruskan walaupun menyalahi peraturan. Tidak cukup dengan itu, Kerbau Pendek telah mengambil kesempatan dengan meminta daripada pihak hotel makan tengah hari percuma memandangkan Kerbau Pendek gagal mendapatkan imbuhan berbentuk wang daripada pihak hotel. Kerbau Pendek telah menikmati jamuan tengah hari percuma bersama seorang rakannya pada 10 Ogos 2009 iaitu sehari selepas program berakhir. Ini diakui sendiri oleh isteri pengurus besar hotel tersebut.
Rujukan: Azreen Othman
Food & Beverages Manager
No. tel: 04-2277111

6) Sekarang ini, Kerbau Pendek bersama-sama sekumpulan peminpin JKKK sedang berseronok di Hatyai, Thailand. Kerbau Pendek mengambil kesempatan di atas kedudukannya dengan menghabiskan wang rakyat dan peruntukan yang sepatutnya disaluran kepada kampung-kampung untuk pembangunan dan pembaikan infrastruktur. Entah berapa puluh ribu yang dibelanjakan dan entah berapa ribu yang disonglap oleh Kerbau Pendek.

Seperti yang kita tahu YB Mansor telah dilantik menjadi Pengerusi Pusat Urus Zakat Negeri Pulau Pianang. Berita terbaru yang diterima, Kerbau Pendek telah diberikan kepercayaan untuk menjaga dan menguruskan peruntukan wang PUZ. Jika maklumat ini benar, YB Mansor sebenarnya meletakkan diri dalam bahaya umpama mengorek kubur sendiri. Ini kerana terlalu banyak kisah negatif Kerbau Pendek yang menjadi buah mulut baik di kalangan ahli-ahli PKR, pegawai-pegawai kerajaan dan juga pemimpin-pemimpin JKKK. Buat YB Mansor, segeralah bertindak sebelum nasi menjadi bubur. Jangan sampai kes Kerbau Pendek dibawa ke pengetahuan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau menjadi kes siasatan SPRM baru YB Mansor hendak bertindak.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete