Sunday, March 28, 2010

ISU NEW LANE : TERSERLAHNYA SIKAP DOUBLE STANDARD DAP & LIM GUAN ENG

LATARBELAKANG
1) Berkuat kuasa daripada 22 Mac 2010, New Lane, Georgetown yang pada asalnya merupakan jalan dua hala akan dijadikan jalan sehala bermula daripada jam 4.00 petang setiap hari. Orang yang bertanggungjawab dalam perkara ini adalah YB Ng Wei Aik, ADUN Komtar merangkap Setaiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

2) New Lane adalah jalan yang menghubungkan Jalan Datuk Keramat dan Jalan Macalister yang terletak betul-betul di tengah bandar Georgetown. Sejak DAP memerintah, terdapat penambahan mendadak di kalangan penjaja (hawkers) Cina yang menjaja di jalan tersebut. Kesan utama ialah gangguan lalu lintas, jalan menjadi sempit, membahayakan keselamatan terutamanya orang ramai yang melintas dan pengunjung tempat makan, persekitaran yang kotor dan bau yang kurang menyenangkan.

3) Sebelum ini, pihak berkuasa tidak pernah mengambil tindakan terhadap para penjaja di kawasan tersebut walaupun secara terang-terangan ia mengganggu lalu lintas dan menyebabkan kesesakan yang berpunca daripada penjaja yang meletakkan gerai menjaja (hawker’s stall), meja dan kerusi di tepi-peti jalan tersebut.

4) Sebelum melaksanakan sistem jalan sehala di kawasan tersebut, notis telah dikeluarkan kepada 300 penjaja dan hanya dua yang membantah dijadikan alasan bahawa apa yang dilaksanakan mendapat sokongan ramai. Sudah semestinya para penjaja menyokong kerana lebih banyak ruang di atas jalan raya boleh digunakan untuk meletakkan gerai menjaja, meja dan kerusi untuk menjaja di situ.


SEBAB-SEBAB BANTAHAN
1) Tindakan Kerajaan DAP yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sekali lagi menunjukan sikap “double standard” dan tidak menghiraukan langsung sensitiviti penjaja Melayu di negeri Pulau Pinang. Di saat peniaga, penjaja dan pengsaha Melayu dihimpit dengan pelbagai tindakan daripada pihak kerajaan negeri menerusi penguatkusa daripada MPPP dan MPSP, peniaga Cina terus diberikan ruang dan peluang berniaga walaupun menyalahi undang-undang.

2) Jalan tersebut sangat sempit dan kurang sesuai untuk dijalankan aktiviti perniagaan makanan. Sepatutnya penjaja-penjaja di kawasan tersebut di arah berpindah ke tempat lain dan bukannya diberikan ruang yang lebih untuk terus berniaga di kawasan tersebut.

3) Keputusan membenarkan New Lane dijadikan jalan sehala untuk membenarkan penjaja makanan menjalankan perniagaan di kawasan tersebut akan menjadikan “precedence” kepada penjaja makanan di kawasan-kawasan lain untuk turut memohon agar kerajaan negeri mengambil langkah yang sama di kawasan mereka.

4) Tindakan ini sudah semestinya akan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan penjaja di kawasan-kawasan lain. Tidak mustahil, kerajaan negeri akan terus melaksanakan tindakan yang sama di beberapa tempat yang lain kiranya tiada pihak yang membantah tindakan ini pada masa kerajang. Kesannya penjaja Melayu terus dianak tirikan, penjaja Cina terus mendapat pembelaan.


PERBANDINGAN SIKAP DOUBLE STANDARD KERAJAAN DAP & LIM GUAN ENG
1) Pada Ramadhan yang lalu, pihak penguatkuasa MPPP bersama-sama YB Ng Wei Aik telah mengeluarkan arahan supaya tidak menjalankan aktiviti perniagaan dan seterusnya melakukan serbuan ke atas Bazar Ramadhan di kaki lima di Jalan Penang. Alasan yang diberikan, kononnya aktiviti perniagaan Bazar Ramadhan yang telah wujud hampir 25 tahun itu menyebabkan gangguan lalu lintas sedangkan Jalan Penang adalah jalan sehala yang mempunyai empat (4) laluan. Berdasarkan pemerhatian, kewujudan Bazaar Ramadhan yang hanya berlangsung selama sebulan setiap tahun itu tidak sedikitpun memberi kesan besar terhadap tahap lalulintas di jalan tersebut. Itupun, YB Ng Wei Aik masih mahu mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu di Bazar Ramadhan tersebut.

2) Gerai makan Do Re Me yang dibina di tepi pantai Tanjung Bungah kira-kira 200 meter daripada jalan utama ternyata tidak sedikitpun menjejaskan lalulintas atau mengganggu pengguna jalanraya atau orang awam. Walaupun Gerai makan Do Re Me tidak menyebabkan gangguan lalu lintas pihak kerajaan negeri tetap bertindak merobohkan gerai tanpa memperdulikan usaha yang telah dibuat oleh pengusahan yang bersusah-payah membina gerai tersebut. Ini kerana Gerai Do Re Me pemiliknya adalah orang Melayu.

3) Gerai makan Hammer Bay berhampiran Queensbay diberikan notis untuk dirobohkan atas alasan asap masakan mengganggu penghuni pangsapuri berdekatan sedangkan sepanjang Gerai makan Hammer Bay beroperasi di kawasan tersebut, pengusaha gerai tidak pernah menerima sebarang aduan daripada orang ramai. Sekali lagi, kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng bersikap “double standard” terhadap penjaja Melayu.

4) 2 minggu lalu, dua buah premis perniagaan milik orang Melayu di Gelugor terus menjadi sasaran kerajaan kafir DAP. Walaupun kedua-dua premis tersebut didirikan bukan di atas tanah bukan milik MPPP, kali ini alasan yang digunakan ialah kononnya struktur premis yang didirikan tidak mendapat kelulusan pelan bangunan daripada MPPP sedangkan kelulusan pelan boleh dirayu atau dirunding. Sebuah lagi premis yang bakal menerima nasib yang sama ialah Anggerik Lodging iaitu rumah tumpangan milik seorang usahawan Melayu yang sering menjadi tempat penginapan pilihan semasa Pesta Konvokesyen USM dan musim cuti sekolah.


KESIMPULAN
Penjaja di New Lane, Georgetown menjadi simbol sikap biadap dan “double standard” kerajaan kafir DAP di bawah pemerintahan zalim Lim Guan Eng. Lim Guan Eng ternyata kurang senang melihat bangsa Melayu yang berjaya dalam perniagaan. Pelbagai cara dan pendekatan akan digunakan untuk menghancurkan perniagaan yang dibina. Jika kerajaan kafir DAP dan Lim guan Eng benar-benar mahu bertindak berdasarkan undang-undang, Lim Guan Eng sepatutnya mengarahkan pihak penguatkuasa MPPP dan MPSP bertindak ke atas peniaga-peniaga Cina yang bergelimpangan di atas jalan-jalan raya antaranya seperti di Lebuh Chulia, Jalan Datuk Keramat, New Lane, Jalan Macalister,Jalan paya Terubong, Jalan Perak dan banyak lagi.

Kerajaan kafir DAP juga sepatutnya mengambil tindakan terhadap pemilik-pemilik rumah yang mengubah-suai rumah mereka menjadi premis perniagaan milik kaum Cina yang berselerak di seluruh Pulau Pinang. Begitu juga dengan pemilik-pemilik kilang haram yang didirikan di kawasan perkampungan Cina seperti yang terdapat di Batu Maung, Paya Terubong, Kampung Pulau (Jalan Perak), Weld Quay, Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Bagan dan banyak lagi. Janganlah menjadikan penjaja dan pengusaha Melayu sebagai sasaran utama dan kemudiannya meletakkan kain rentang seluruh negeri dengan memberikan maklumat palsu untuk menegak benang yang basah.

Buat bangsaku, ayuh kita bangkit mempertahankan hak dan ketuanan Melayu di bumi Pulau Pinang! Melayu perlu BANGKIT!

11 comments:

  1. Memang benar, org Melayu PP mesti sedar. Wakil rakyat PAS dan PKR yang bersekongkol dengan DAP perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas org Melayu dan Islam di PP.
    Harap sdr Jebat dapat linkkan dengan blog-blog ini:
    http://suarasatuduaumno.blogspot.com
    http://suara2balikpulau.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. dah tiba masanya kita orang islam bersatu...orang pulau pinang....kamu terseksa orang kl walaupun umno atau pas tak tahu apa yg kamu rasakan..mereka bijak berkata tapi tak faham apa yg org pp rasakan...dah tiba masanya korang orang pulau pinang buat keputusan tanpa berdasarkan kepada umno atau pas.....korang semua masih dianggap melayu dan islam.....cuma korang je rasa korang tu bukan melayu tapi arab kot....

    ReplyDelete
  3. kalau masih tidak sedar juga..tunggulah rakyat akan tunjukkan jalan pada mereka...

    ReplyDelete
  4. sbnarnye kekuatan kite adalah pada diri kite sendiri ,,Allah x kn ubah nasib kite skiranay kite x ubah nyer ...

    nasib peniaga dn orng2 PP ni bukan saja bermasalah sekarang ,,tapi dari dulu lg pon dah begitu .. perbaikilah kelemahan2 kite , amanah dn bertanggungjawablah pada bangsa dn agama ,,
    kuatkan jati diri ,,peliharalah maruah kite jgn mudah dibeli dgn wang ringgit ...
    masalah kite orng2 melayu yg beragama islam ni senang mengadai maruah diri semata2 mnk mendapatkan kesenangan diri ,, kuasa yg ade senang di beli dgn wang ringgit ... akhirnya bangsa ,agama kite juga yg rugi ...

    ReplyDelete
  5. agak2 bila la boleh buat parang terbang sendiri ek mcm dulu2.ataupun penampar ghaib yang macam karpal singh kena dulu.

    ReplyDelete
  6. Sejak dulu, kini dan selamanya perangai buruk Umno tidak pernah berubah. Setiap kegagalan mereka dalam membina kekuatan bangsa Melayu yang kononnya menjadi teras perjuangan, maka yang dipersalahkan bukan diri sendiri tetapi pihak lain.

    Separuh abad Umno diberi kuasa mentadbir Pulau Pinang, hak orang Melayu bukan setakat tidak bertambah sebaliknya berkurang. ADUN BN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mendedahkan bahawa hak milik tanah Melayu di Pulau Pinang (tanah seberang dan pulau) hanya tinggal 20 peratus.

    “Nasib Melayu Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP harus dijadikan iktibar oleh orang Melayu di negeri lain berikutan keadaan mereka kini yang cukup kritikal,” ujar Farid di Perhimpunan Agung Umno. Jika benarlah andaian beliau, nampaknya DAP lebih berjaya dari Israel. DAP mengambil masa berpuluh tahun untuk merampas tanah rakyat Palestin sedikit demi sedikit, tapi DAP hanya ambil masa dua tahun lebih untuk ‘merampas tanah dan menghalau’ orang Melayu sehingga tinggal 20 peratus sahaja kini.

    Menurut fakta yang didedahkan oleh Farid, tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). Ia menjadikan keseluruhan tanah milik Melayu di negeri ini cuma 20.41 peratus.

    Kajiannya juga mendapati 7,000 orang Melayu akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka kini di bina di atas tanah milik orang lain seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

    “Kerajaan Negeri (DAP) semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan,” ujarnya. Anak jati Balik Pulau itu barangkali baru terkejut dari mimpi, lalu bercakap pun macam orang mengigau.

    Soalan pertama yang patut ditanya oleh beliau serta seluruh pemimpin Umno Pulau Pinang ialah: Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, apa mereka buat untuk memajukan orang Melayu, mempertahankan hak mereka, membina kekuatan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi?

    Masalah Melayu Pulau Pinang telah diseminar dan didiskusikan oleh ahli-ahli akademik sejak berdekad yang lalu. Sudah berpuluh resolusi dihasilkan, semuanya sampai ke tangan para pemimpin Umno negeri yang pada waktu itu menjadi Exco dan Menteri. Apa langkah yang mereka ambil? Hanya selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (yang dikatakan kerajaan DAP) barulah Umno terhegeh-hegeh nak mendedahkan isu Melayu Pulau Pinang yang merempat di bumi sendiri.

    PAS sebagai pembangkang di Pulau Pinang adalah pihak yang lantang memperjuangkan hak Melayu Pulau Pinang yang terlepas satu persatu. Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang saya masih ingat sewaktu di bangku sekolah rendah pada tahun 70an, PAS dalam ceramah mereka telah mempersoalkan perkampungan Melayu di Tanjung yang terhapus satu persatu, bertukar milik kepada pihak lain.

    ReplyDelete
  7. Sejak dulu, kini dan selamanya perangai buruk Umno tidak pernah berubah. Setiap kegagalan mereka dalam membina kekuatan bangsa Melayu yang kononnya menjadi teras perjuangan, maka yang dipersalahkan bukan diri sendiri tetapi pihak lain.

    Separuh abad Umno diberi kuasa mentadbir Pulau Pinang, hak orang Melayu bukan setakat tidak bertambah sebaliknya berkurang. ADUN BN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mendedahkan bahawa hak milik tanah Melayu di Pulau Pinang (tanah seberang dan pulau) hanya tinggal 20 peratus.

    “Nasib Melayu Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP harus dijadikan iktibar oleh orang Melayu di negeri lain berikutan keadaan mereka kini yang cukup kritikal,” ujar Farid di Perhimpunan Agung Umno. Jika benarlah andaian beliau, nampaknya DAP lebih berjaya dari Israel. DAP mengambil masa berpuluh tahun untuk merampas tanah rakyat Palestin sedikit demi sedikit, tapi DAP hanya ambil masa dua tahun lebih untuk ‘merampas tanah dan menghalau’ orang Melayu sehingga tinggal 20 peratus sahaja kini.

    Menurut fakta yang didedahkan oleh Farid, tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). Ia menjadikan keseluruhan tanah milik Melayu di negeri ini cuma 20.41 peratus.

    Kajiannya juga mendapati 7,000 orang Melayu akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka kini di bina di atas tanah milik orang lain seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

    “Kerajaan Negeri (DAP) semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan,” ujarnya. Anak jati Balik Pulau itu barangkali baru terkejut dari mimpi, lalu bercakap pun macam orang mengigau.

    Soalan pertama yang patut ditanya oleh beliau serta seluruh pemimpin Umno Pulau Pinang ialah: Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, apa mereka buat untuk memajukan orang Melayu, mempertahankan hak mereka, membina kekuatan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi?

    ReplyDelete
  8. Masalah Melayu Pulau Pinang telah diseminar dan didiskusikan oleh ahli-ahli akademik sejak berdekad yang lalu. Sudah berpuluh resolusi dihasilkan, semuanya sampai ke tangan para pemimpin Umno negeri yang pada waktu itu menjadi Exco dan Menteri. Apa langkah yang mereka ambil? Hanya selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (yang dikatakan kerajaan DAP) barulah Umno terhegeh-hegeh nak mendedahkan isu Melayu Pulau Pinang yang merempat di bumi sendiri.

    PAS sebagai pembangkang di Pulau Pinang adalah pihak yang lantang memperjuangkan hak Melayu Pulau Pinang yang terlepas satu persatu. Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang saya masih ingat sewaktu di bangku sekolah rendah pada tahun 70an, PAS dalam ceramah mereka telah mempersoalkan perkampungan Melayu di Tanjung yang terhapus satu persatu, bertukar milik kepada pihak lain.

    Sewaktu Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri, terdapat cadangan supaya Masjid Negeri dibina di Padang Kota sebagai mercu tanda Islam di Pulau Pinang. Cadangan dibantah keras oleh Gerakan dan MCA kerana tidak mahu simbol Islam kelihatan di pintu masuk Pulau Pinang. Umno hanya menurut macam orang bodoh. Masa itu tindakan Gerakan dan MCA bukan rasis. Jika isu masjid pun Umno tidak mampu hadapi, macam mana nak perjuangkan isu hak Melayu Pulau Pinang.

    Isu orang Melayu tinggal di atas tanah yang bukan milik mereka, bukan perkara baru. Juga disentuh oleh penceramah PAS lebih 30 tahun lalu. Lebih dari 7,000 orang Melayu yang sudah terusir. Bekas tapak rumah mereka kini menjadi kompleks perniagaan dan hotel yang berderetan dari Padang Kota Lama hingga ke Tanjung Bunga, dah jadi milik orang lain. Umno hanya melihat dengan mata putih, apa mereka buat atau apa mereka boleh buat?

    Jika sekarang baru Umno membawa isu 7,000 orang Melayu bakal terusir dari rumah yang mereka duduki kerana berada di atas tanah milik orang lain, maka ia tidak lebih dari cerita zaman P. Ramlee yang diputar semula. Ia sama sekali bukan angkara DAP kerana tanah orang lain yang mereka duduki itu bermula dari zaman BN dahulu. Ia berlaku kerana kemiskinan orang Melayu, tidak bertanah dan menumpang di atas tanah orang. Kemunduran Melayu Pulau Pinang adalah kerana kegagalan Umno sebagai penguasa (dalam tempoh yang panjang) memperjuangkan nasib mereka. Umno lebih selesa ajar Melayu Pulau Pinang main boria dari meneroka peluang-peluang ekonomi.

    ReplyDelete
  9. Kini Umno mencari isu remeh temeh untuk menjadikan DAP sebagai kambing hitam menutup kegalan mereka. Pengambilan tanah di Balik Pulau untuk projek hub pendidikan dijadikan isu kononnya DAP mahu mengusir Melayu, walhal 80 peratus tanah terbabit milik bukan Melayu. Hanya 20 peratus milik Melayu. Sewaktu satu demi satu tanah milik Melayu di Balik Pulau diambil oleh kerajaan pada tahun 80-an untuk pelbagai tujuan, Umno tidak sibuk mengangkat sepanduk.

    PAS dan Melayu KeADILan turut dipersalahkan. Apa sangat yang mampu dibuat oleh PAS dan KeADILan dalam masa terdekat apabila diwariskan sebuah negeri yang sudah kering kontang hak Melayunya – angkara kegagalan kerajaan terdahulu.

    DAP dituduh anti Melayu tetapi di masa DAPlah pemberian bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru KAFA yang lebih tinggi berbanding kerajaan BN di samping mengiktiraf para huffaz berlaku.

    Di bawah DAP yang ‘anti-Islam’ Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mengharamkan judi bola sepak sehingga menyekat peluang pemimpin UMNO dan BN untuk meraih keuntungan jutaan ringgit dari aktiviti judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 baru-baru ini.

    Kerajaan DAP yang memberi wang ehsan kepada sekitar 110,000 warga emas di Pulau Pinang, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama 51 tahun BN memerintah Pulau Pinang.

    Pulau Pinang menjadi negara pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh yang setahun pentadbiran, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Hampir semua yang miskin tegar itu orang Melayu.

    Di zaman Lim Guan Eng juga berlaku pemberian bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil yang majoritinya Melayu dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50 peratus.

    Biarkan jari telunjuk Umno semakin panjang menuding pihak lain. Dasar Umno, “Aku sentiasa betul, orang lain yang salah.

    ReplyDelete
  10. ada lagi mangkuk hayun yang dok salahkan umno? masa bn perintah pp, ada ke kedai melayu shaja kena roboh? ada ke projek2 mewah didirikan atas tanh org melayu yg mana xmampu nak dibeli? ada ke papan iklan 100% bahasa cina? skrg bkn masa nk salahkan org2 terdahulu.. ok kalau dulu slh bn kan? skrg ni dap pkr dan pas buat apa utk org melayu di pp? pas buat apa? pas pejam mata shj.."aku sentiasa betul, org lain salah" tu ungkapan utk pas dan pkr dlm konteks nasib melayu di pp kini.. 2010 dan 2011.. buat apa cakap dan ungkit kesalahan2 lalu?? soalan paling mudah bagi penyokong bodoh pas: APA TINDAKAN PAS DGN NASIB ORG MELAYU SKRG NI DI PP? Jawapan PAS: ini semua salah org bn dulu2 masa memerintah.. Bodoh tak penyoKong buta tuli PAS? Bodoh kan?

    ReplyDelete
  11. Aku setuju UMNO dan BN dah banyak buat salah kat melayu-melayu Pulau Pinang, TAPI dah 4 tahun DAP,PAS dan PKR ambil Pulau Pinang dan lani dah jadi terlampau teruk dan makin teruk bilamana cina di Pulau Pinang semakin angkuh dan Lim Guan Eng buat P.Pinang macam negeri bapa dia yang punya. Apa yang PKR dan PAS buat kerja??? jangan dok jadi Pak Angguk atau dok kulum depa punya saja...buka mata , melayu dah semakin merempat semenjak DAP memerintah, mana pi pemuda-pemuda PAS bila bangsa melayu dihambat oleh DAP....tak ada teloqkah PAS & PKR. Tulah terlampau jumud sangat dengan Tok Guru yang guna hukum hakam sendiri yang hanya untuk mendapat kepentingan politik peribadi.

    ReplyDelete